Dasar Inisiatif Digitalisasi Berimpak Tinggi

Memperkasakan Inisiatif Digitalisasi oleh Agensi Kerajaan Negeri Pahang

Permohonan RFP

TUJUAN

Memperkasakan Pelaksanaan Projek Digital Berimpak Tinggi di Negeri Pahang

Syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang, Pahang Go, telah diberi mandat bagi menerajui ekonomi digital dan membuka peluang digital untuk agensi Kerajaan, Industri & Rakyat.

Dasar ini bertujuan memastikan semua inisiatif berimpak tinggi yang akan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri Pahang perlu melalui Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang iaitu Pahang Go Sdn Bhd sebagai pihak penyelaras utama.

PERKHIDMATAN

Inisiatif modenisasi dan pengiktirafan perkhidmatan, operasi perkhidmatan, pengurusan aset dan lain-lain yang berkaitan
Pembangunan dan penggunaan sistem kutipan hasil dan pengurusan pentadbiran secara digital
Pembekalan dan penyelenggaraan perkakasan dan komunikasi termasuk perisian dan perlisan
Pembangunan media digital termasuk Smart Street Lighting, Smart Billboard dan yang seumpamanya
Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pelbagai perkhidmatan pengiktirafan yang berkaitan dan memenuhi keperluan semasa

KRITERIA

Inisiatif berimpak tinggi adalah projek atau inisiatif yang memenuhi kriteria berikut

01

Projek pendigitalan yang melibatkan penyediaan perkhidmatan kepada rakyat negeri Pahang.

02

Projek pendigitalan yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai jabatan atau agensi Kerajaan negeri Pahang.

03

Projek pendigitalan yang melibatkan:

  1. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi
  2. Perkhidmatan langganan
  3. Pembekalan atau perkhidmatan sewaan peralatan ICT

KAEDAH PELAKSANAAN

01

Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun negeri Pahang yang akan melaksanakan inisiatif digital hendaklah mengemukakan Request for Proposal (RFP) kepada Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang.

02

Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang bertanggungjawab memberikan maklum balas terhadap setiap RFP yang diterima dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.

03

Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang perlu mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keperluan yang dikemukakan dalam RFP dan mencadangkan penyelesaian pendigitalan yang sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut.

04

Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun negeri Pahang serta Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang hendaklah mematuhi proses perolehan di jabatan dan agensi masing-masing serta perlu melalui Mesyuarat Teknikal ICT (JTI) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Negeri Pahang.

05

Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang bertanggungjawab menghantar pelaporan kepada Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaku wakil Kerajaan Negeri bagi setiap permohonan dan pelaksanaan inisiatif yang diterima. Pelaporan ini akan dibentangkan secara berkala dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Negeri Pahang.

06

Agensi Pelaksana Ekonomi Digital negeri Pahang hendaklah menyediakan pelaporan secara suku tahunan kepada Mesyuarat MMK. Laporan merangkumi status pelaksanaan serta perkembangan inisiatif pendigitalan yang telah dijalankan di negeri Pahang.

Bersama Wujudkan Solusi Digital Pahang

Mohon RFP Sekarang